Friday, October 10, 2014

BILA WAKTU KESUBURAN WANITA

WAKTU KESUBURAN WANITA

TERIMA KASIH SINGGAH DIBLOG SAYA .semoga perkongsian ini dapat kita pelajari waktu kesuburan yang sbenar.. tajuk yang sangat penting untuk wanita2.jom kite ketahui lagi lebih mendalam

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU KESUBURAN?
Sudah semestinya Untuk memudahkan mendapat zuriat..kan...jom fahaminya..segalanya terjawap disini..

Mula2  ♥FAHAMI KITARAN HAID

kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

SEperti ini  Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid.jom kita memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.

** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu.

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

FAKTOR/PUNCA

Sebagai wanita pula, anda patut tahu apakah faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak subur dan sukar hamil. Agar sedikit sebanyak anda boleh mendapat idea daripadanya untuk langkah seterusnya.

Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:

Ovulasi

Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

Berat badan

Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

Usia

Umur sekitar  35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

Masalah Di Tiub Fallopia

Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

Masalah Lain

Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

Kepada pembaca wanita, jangalah berputus asa. Usaha dahulu sebelum menyerah pada takdir. Jika masalah ovulasi, perubatan kita pada masa kini sudah mempunyai penyelesainnya. Jangan bimbang..kami boleh membantu mencari jalan penyelesaian..insyallah

Vitamin yang ada dalam SET KESUBURAN PREMIUM Optimum Shaklee ada 6 jenis untuk wanita atau isteri :

(1) ESP (Protein)

Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.

(2) Vita-Lea (Multivitamin)

Multivitamin lengkap untuk keperluan badan. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.  Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum

(3) Vitamin C

Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan

(4) B-Complex

Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.

(5) Alfalfa

Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).

(6) GLA Complex

Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.

Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama

JOM LIHAT TESTIMONI YANG SUDAH BERJAYA

TESTIMONI PETAMA

TESTIMONI KEDUA

TESIMONI KETIGA

TESTIMONI KEEMPAT

RAMAI YANG SUDAH BERJAYA DENGAN BERKAT USAHA DOA..BERMINAT

CARA ORDER:
===========
 Call/ SMS/WhatsApp/ ke 012-5786384

Facebook=melly melly lyly

Perunding Vitamin Terbaik Anda :  

EXTRA bonus nya lagi kalau anda mendaftar dengan saya, in sya allah anda akan didedahkan dengan rahsia kejayaan team kami..
JOM SERTAI Group Saya sekarang juga!!
=========================================

✆ NAK DAFTAR? Sila Sms/Whatsupp ke 012 5786384 SEKARANG JUGA!!! 1 malaysia pon boleh...Orang Sabah, Sarawak, Semenanjung...semuanya ada dlm grup saya..Apa tunggu lagi....!!!


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.*

Untuk dapatkan Vitamin anda ..Jomm....Hubungi Saya Segera :

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
~~~Perunding Vitamin Anda : ~~~,

♡♡HASLINDA RADZI
♡♡ Shaklee Independent Distributor
♡♡ [ ID No : 108435]
♡♡ Contact No : 012 5786384
♡♡ Email : shafiahALeysa@gmail.com

♥♥ Postage ke Seluruh Malaysia

Jemput jalan2 ke kedai on line kami


Posted via Blogaway

4 comments:

  1. Info yang sangat membantu untuk saya mencari waktu subur yang tepat.
    Jom jalan2 di wwwirenevitamin.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Entry yg menarik dan padat...tahniah2...i like!!!

    ReplyDelete
  3. Penting untuk tahu bila kita subur jadi mudah untuk merancang kehamilan :) info yang best dan membantu saya.

    ReplyDelete
  4. Setiap wanita perlu memastikan sentiasa sihat dan dapat meramcang kehamilan untuk menambah zuriat dambaan setiap pasangan

    ReplyDelete